Sejernih Embun Pagi (EPISOD 2)

"Assalamualaikum. Hai orang rumah, awak masak apa untuk saya hari ini?" Rashid melangkah masuk ke biliknya.
"Wa'alaikumussalam. Huh. Sehari kau tak berangan tak boleh ke?" Acab masih mamai dek kerana baru bangun daripada tidur. Dia kemudian mencapai botol air mineral yang terletak atas meja study. Hampir separuh isi botol digogoknya.
"Ala, apa salahnya. Kejayaan kan bermula daripada angan-angan." Rashid menambah.
"Memang tak salah. Tapi kau tu. Boxer pun mak belikan lagi, ada hati nak kahwin." Acab bergurau kasar.
"Ala, nanti aku dapat elaun bulan ni aku bayar balik la kat mak aku." Rashid yang sudah faham cara rakan sebiliknya itu berkomunikasi langsung tidak marah.


Acab atau nama sebenarnya, Ashraf merupakan rakan sebilik Rashid. Dia memang terkenal dengan sikap sempoi dan rileksnya. Dia begitu aktif dalam sukan dan aktiviti persatuan di Institut. Dek kerana sikapnya inilah kadang-kadang ada yang menggelarnya ustaz rock. 


"Eh, Acab. Couple tu boleh x?"
"Kenapa tiba-tiba tanya?"
"Ala, saje je nak tahu."
"Ok, aku nak tahu, apa istilah couple bagi kau?"

"Keluar gi Alamanda berdua, pastu malam-malam bergayut kat telepon.."
"Kalau macam tu memang tak boleh la couple ni."
"Eh, ada couple yang boleh ke?"

"Ok, macam ni. couple ni perkataan Inggeris. Merujuk kepada pasangan. Jadi, couple lepas kahwin kan boleh. Tapi masyarakat kita hari ini, merujuk kepada berpegangan tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, keluar gi tengok wayang sama-sama..jadi sebab tu la couple ni jadi haram yang macam ustaz-ustaz ni bagitahu kat kita."
"Hmm..macam tu..habis tu kalau tak ada benda-benda tu kira boleh jugak ke?"
"Maksud kau?"
"Macam ni. Dulu ada satu artikel ni ditampal kat asrama sekolah aku. Artikel tu cerita pasal ada sorang laki ni kenal dengan perempuan ni. Diorang jatuh cinta. Pastu laki ni masuk kem agama, kenal agama la. Dia dah tak mesej benda yang bukan-bukan dengan pompuan ni. Dia bagi mesej hadis, ayat Al-Quran je. Tapi ada kawan laki ni cakap, benda ni pon tak boleh. Start dari hari tu, dia dah tak mesej selalu. Sebulan 3,4 mesej je..tapi kawan laki bagitahu lagi, macam ni pon tak boleh. Sebab tetap ada hubungan antara mereka. Hubungan yang membuatkan mereka ni rindu merindui. Bila rindu, akan terbit zina hati. Last2 laki tu berpisah dengan perempuan tu."
"Ok, sekarang bagitahu aku, apa yang kau faham tentang zina?"
"Zina mata pandang pompuan yang bukan mahram. zina kaki pergi tempat-tempat yang ada percampuran bebas. zina tangan pegang tangan perempuan. zina telinga call pompuan malam-malam. zina hati rindu kat pompuan."


Senyum. 
"Nampaknya ini yang kita kena betulkan balik. Macam kes pasangan dalam cerita kau tadi, lelaki tu dah silap langkah sebab putuskan hubungan dengan perempuan tu. Patutnya dia bimbing perempuan tu untuk sama-sama berubah macam dia."
"Tapi kan dia nak elak zina hati?"
"Rashid, zina hati ni bukan rasa rindu dan cinta sesama bukan mahram yang macam kau fikirkan ni. Bukankah rasa cinta dan kasih sesama makhluk ini adalah fitrah? Siapa kita untuk melawan fitrah yang dicipta ni? Cuma fitrah ni kita kena bimbing ikut syara'. Kalau ingat, rindu dan cinta kat perempuan bukanlah termasuk dalam zina hati. Zina hati adalah apabila kita teringat kat perempuan ni, kita membayangkan kita bersama dengan perempuan ni gi Alamanda, pegang tangan sama-sama, keinginan untuk peluk perempuan ni, apatah lagi berzina dengan dia."

"Jadi kalau aku teringat-ingat kat perempuan kira boleh la ni?"
"Tak ada lah aku cakap boleh. Walaupun tak masuk zina hati, tapi masuk dalam kategori lain iaitu benda lagho. Benda macam ni kena jauhkan. Ingat kat Allah, cinta pada pencipta kita ni. Kalau kita tak cintakan Allah dan Rasulullah lebih daripada segala-galanya termasuk diri kita sendiri, iman kita masih tak kuat. Dah dapat cinta Allah, compom ko dapat cinta manusia."
"Oo..macam tu ye..tenkiu2..I lap u lah kawan!!"
"Buang tabiat budak ni. Ni mesti kes tangkap cintan kat sesape ni. kan?
"Err..mana ada..hehe."
"Huh..sekilas ikan di air, sudah aku tahu jantan betinanya la.."
"Aku bukan ikan la."
"Kau memang bukan ikan, tapi tergedik-gedik ngalahkan ikan. Dah, aku nak sambung tido. Petang ni perlukan tenaga yang banyak nak main futsal. Jangan tak turun pulak."
"Ok boss!"



Bilik itu kembali menjadi sepi. Acab sudah kembali lena dibuai mimpi. Kini giliran Rashid pula mengambil tempat di katilnya. Mata yang mengantuk masih tidak mahu terlelap. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Dalam diam dia mengkagumi ustaz rock yang berada di sebelahnya itu. Tak lama kemudian dia pun turut syahid mengikuti jejak langkah rakannya itu. Kini hanya bunyi kipas yang kedengaran.


~Cinta itu tak salah. Orang yang bercinta tu yang buat cinta jadi salah~


BERSAMBUNG

5 comments:

Cikgu Fikri said...

mantap!!!!!!
bagus sbb ko boleh berdakwah melalui cerpen...

utk elakkan copy, tapi xderlah berkesan 100pratus, cuma boleh gak lah digunakan..
huhuhuh..
kalau rasa nk guna, cuba baca kt sini..

http://www.sitisafiyyah.com/2011/01/tutorial-nak-buat-disable-right-dan.html


semoga berjaya :)

Cahaya Senja said...

thanx fiq..dah buat..menjadi..hehe..truskan follow!! :)

Syeikh AbDuL RaHmAn Al-Johori said...

ustaz!!!mne sambungannya??

Cahaya Senja said...

dalam proses..bz sikit naik2 sem ni..hehe

farrah hayati said...

suka statement akhir...

cinta tak salah...orang yg bcinta tu yg buat cinta jadi salah...

bagus penulisan kamo...keep it up ;)